Kelas Asas Reka Grafik Online

16 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kg Chengal telah mengadakan kelas asas reka grafik bagi mendedahkan penggunaan aplikasi Canva online. Bagi mematuhi garis panduan Covid-19, penyertaan ini dihadkan kepada 5 orang sahaja bagi setiap kelas.

Pada sesi ini, peserta diperkenalkan dengan asas menggunakan apllikasi Canva Online bermula dengan cara membuka dan mendaftar perisian tersebut. Selain itu, peserta didedahkan dengan cara-cara mengedit template yang telah tersedia ada pada aplikasi tersebut dari awal hinggalah akhir.

Setelah peserta mempelajari asas pengunaan canva online, pelajar perlu mengaplikasi teknik itu dengan bertemakan semarakkan hari kebangsaan atas kreativti masing-masing. Pada akhir sesi, peserta diajar cara untuk menyimpan hasil kerja dari Canva Online setelah menyelesaikan tugasan.

Tujuan aktiviti :
• Peserta dapat memahami asas dalam mengendalikan aplikasi canva online secara baik.
• Peserta berpeluang mengendalikan aplikasi tersebut dan memahami setiap fungsi yang terdapat padanya
• Meningkatkan kemahiran kreativiti peserta dalam menggunakan aplikasi online Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas